QUESTION:
Adakah Minyak wangi beralkohol najis? Ada yang mengatakannya haram namun ada yang mengatakan ia bukan najis? Yang mana satu betul ?
ANSWER :
Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik menerangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.
Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayan. Alkohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini yang dinamakan sebagai 'alkohol Etil' (alcohol ethyl) atau 'thanol'. Sementara alkohol yang terbentuk daripada kayu-kayan pula disebut 'Methyl' atau metanol. Alkohol Etil yg dihasilkan drpd biji-bijian yg diperam cecairnya hingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bhn bakar yang mesra alam dan juga pengawet ubat-ubatan.
Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yg digunakan untuk membuat arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk tetapi sebaliknya mati.
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak najis dan boleh dibawa bersolat. Ini juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol adalah tidak najis.
Sumber: Majalah Solusi , Isu Edisi Perdana m.s 83